Takiyuddin akan disiasat? - Utusan Malaysia

Takiyuddin akan disiasat?

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan sesiapa sahaja akan disiasat sekiranya melakukan hasutan hingga termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan. 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, polis akan melakukan siasatan tanpa mengira siapa sahaja atau darjat untuk mengetahui lebih mendalam isu yang dibangkit.

“Sesiapa sahaja yang melakukan hasutan hingga boleh menimbulkan sesuatu kurang senang dalam kalangan rakyat boleh disiasat. 

“Sekiranya ada aduan maka polis akan siasat tanpa mengira darjat. Siasatan akan dilakukan secara mendalam bagi mengetahui perkara sebenar,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai  laporan polis Pemuda Pakatan Harapan (PH) ke atas Takiyuddin berhubung titah Yang di-Pertuan Agong mengenai sidang Parlimen di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dekat sini, semalam. 

Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Pemuda PH mahu polis menyiasat kenyataan Takiyuddin ketika mengulas pandangan Agong.

Semalam, Takiyuddin memberi bayangan bahawa masanya “sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Agong menitahkan persidangan perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

“Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan, namun perdana menteri sudah mengumumkan sidang Dewan Rakyat boleh diadakan paling awal September ini.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya