Taburan gempa bumi di Sabah kritikal - Utusan Malaysia

Taburan gempa bumi di Sabah kritikal

DR CHAI MUI FATT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 700 gempa bumi susulan direkodkan di Sabah sejak gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter melanda Ranau pada 2015.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Dr Chai Mui Fatt berkata, gempa bumi yang melanda Ranau enam tahun lepas adalah gempa terbesar pernah direkodkan di Sabah.

“Gempa bumi di Ranau pernah berlaku pada 1971 dengan magnitud 5.0 skala Richter dan ini berdasarkan tinjauan geologi Amerika Syarikat.

“Sabah turut merekodkan gempa bumi pada tahun 1976 di Lahad Datu yang berukuran 5.8 skala Richter. Berdasarkan trend ini, kitaran gempa bumi berskala besar yang berlaku di Sabah adalah pada setiap 25 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam memperingati gempa bumi Gunung Kinabalu menerusi aplikasi Zoom dan siaran langsung Facebook hari ini.

Menurutnya, taburan gempa bumi di Sabah agak kritikal kerana lebih banyak gempa susulan yang direkodkan. Keadaan ini berlaku kerana terdapat banyak garisan sesar yang aktif.

Biarpun berlaku gempa bumi di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti di Bukit Tinggi, Pahang; Kuala Terengganu; Manjung, Perak dan Sarawak namun, taburan gempa itu tidak sekerap yang berlaku di Sabah.

Hasil kajian seismik yang dilaksanakan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, kadar bahaya seismik yang direkodkan di Sabah adalah di Lahad Datu dan Sandakan. Biarpun bahaya ada di Ranau namun, dari segi populasi kurang dan kadar bahaya juga kurang berbanding dua daerah tersebut.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi telah memasang sebanyak 77 stesen seismologi di seluruh negara  dan di Sabah sahaja, sebanyak 28 stesen seismologi telah dipasang. Sebelum gempa bumi Ranau hanya terdapat 13 sahaja stesen seismologi di Sabah.

“Di Gunung Kinabalu, kita pasang stesen seismologi berhampiran Timpohon serta di beberapa kawasan berhampiran untuk mengesan kejadian gempa bumi dengan lebih cepat.

“Dengan adanya stesen ini, ia akan membolehkan jabatan mengesan gempa bumi yang berukuran kurang daripada 1 skala Richter. Sebelum ini, untuk mengesan gempa bumi bermagnitud 2.0 pun agak sukar,” katanya.

Stesen-stesen ini dipasang sebagai komponen yang membolehkan kejadian gempa bumi dan tsunami dapat dikesan lebih pantas iaitu sekitar lapan minit untuk pemprosesan data.

Pada 2015, tragedi gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter yang melanda Ranau telah meragut nyawa 18 orang pendaki termasuk empat malim gunung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya