Sungai Rambai tawar tempat jadi hospital medan - Utusan Malaysia

Sungai Rambai tawar tempat jadi hospital medan

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) arah Utara berpotensi dijadikan hospital medan Gerbang Selatan kerana banyak ruang kosong yang dahulu menempatkan pelbagai agensi kerajaan, UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN : Beberapa fasiliti  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai ditawarkan untuk dijadikan sebagai Pusat Satelit Pengurusan Covid-19 di Gerbang Selatan dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, beberapa fasiliti yang sedia berupaya untuk dijadikan sebagai hospital medan, pusat kuarantin, pusat saringan dan pusat pemberian vaksin.

Menurutnya, pejabat Daerah Kecil yang telah dikosongan, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dulu dikenali sebagai Pusat Komuniti Desa, Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) arah selatan dan Utara serta dewan orang ramai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

“Semua fasiliti ini tidak digunakan sepenuhnya selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) ambil alih pemerintahan kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).

“Saya lihat beberapa fasiliti yang ada di sini sebenarnya boleh digunakan sebagai Pusat Satelit Pengurusan Covid-19 khususnya menguruskan penduduk setempat yang positif Covid-19.

“Sayang kita ada kemudahan dan fasiliti berhawa dingin tetapi tidak digunakan sepenuhnya dalam keadaan penularan wabak Covid-19 di negeri ini terus meningkat,” ujarnya kepada Utusan Malaysia semalam.

HASAN RAHMAN

Menurut Hasan, lot-lot kosong yang sebelum ini menempatkan pelbagai agensi kerajaan sewaktu RTC beroperasi boleh dijadikan sebagai hospital medan.

Ujarnya, pejabat Daerah Kecil Sungai Rambai yang telah dikosongkan baru-baru ini juga berpotensi untuk dijadikan sebagai hospital medan termasuk satu dewan berhampiran Laman Belia 1 Malaysia.

Justeru katanya, semuanya terserah kepada Kerajaan negeri termasuk Kementerian Kesihatan jika dirasakan fasiliti di DUN berkenaan bersesuaian untuk menguruskan sebarang kes Covid-19.

“Satu lagi fasiliti yang terdapat di sini adalah berdekatan antara satu sama lain. Kawasan ini juga jauh daripada penempatan penduduk dan ia memudahkan sebarang urusan dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Selain itu katanya, lapangan terbang yang dikenali sebagai Sungai Rambai Aerodrome di Kampung Tasek dekat sini pula boleh digunakan sewaktu kecemasan untuk membawa pesakit yang tenat atau sebaliknya.

Di samping itu katanya, kawasan R&R di sini mempunyai kawasan meletak kenderaan yang sangat luas dan tidak timbul masalah untuk meletak kenderaan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya