MELAKA: Cadangan pemotongan gaji dan elaun wakil rakyat ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 disifatkan sebagai baik dan amat relevan kerana perkara sama telah dilakukan semasa darurat ancaman komunis. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berkata, dikhabarkan ketika itu gaji dan elaun wakil rakyat dihentikan sehingga ada yang terpaksa menoreh getah dan membawa teksi untuk menampung keperluan harian. Katanya, pemotongan itu diterima dengan rela hati oleh mereka demi mendahulukan kepentingan negara yang baharu sahaja mencapai kemerdekaan. “Jadi jika hari ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya