Suara pemuisi inspirasi setiap negara - Utusan Malaysia

Suara pemuisi inspirasi setiap negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Gabungan suara pemuisi nasional dan antarabangsa menunjukkan sifat keterbukaan masyarakat terhadap wacana-wacana dan inspirasi yang berbeza-beza bagi setiap negara.

Penaung Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI), Tan Sri Hamad Kama Piah Che’ Othman berkata, usaha tersebut memberikan kelainan perspektif untuk merangka  falsafah-falsafah baru dalam dunia kepemuisian. 

HAMAD KAMA PIAH CHE OTHMAN

“Bahkan, ragak elevan dianjurkan pengumpulan pemuisi-pemuisi dunia di alam maya ketika diduga dengan pandemik yang menuntut kita supaya lebih tabah dan banyak bersabar,” katanya pada majlis perasmian program Pengucapan Puisi Antarabangsa ‘Kedamaian Dunia’ malam tadi.

Majlis anjuran PEMUISI dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan sempena dengan perisytiharan Hari Puisi Malaysia (HPM) oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada 13 Jun lepas.

Hamad Kama Piah berkata,  selaras dengan HPM yang diraikan bersama-sama baru-baru ini, program pengucapan puisi antarabangsa ini adalah pemula bagi  memperkenalkan bahasa dan kesusasteraan Melayu hingga ke seluruh pelosok dunia.

Katanya apabila menyebut kedamaian sejagat itu bermakna penghayatan kepada hasrat mahukan ketenangan, saling merasai kebebasan dan menikmati kesihatan yang lebih baik serta kebahagiaan, diimpikan oleh seluruh manusia yang hidup di muka bumi ini.

Sebanyak 20 negara menyertai program berkenaan yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka serta PEMUISI Berkarya  pada pukul 9 malam tadi dan malam ini. 

Antara negara luar yang menyertai acara maya  itu ialah Australia, Belanda, Rusia, Sepanyol,  China, Filipina, India, Korea Selatan, Palestin, Thailand,  Brunei dan Singapura.

Malaysia diwakili beberapa tokoh bahasa, sastera dan akademik termasuk Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Naib Canselor ke-8 Universiti Malaya, Datuk Dr. Hashim Yaacob, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Datuk Padilah Ali.

Dalam pada itu menurut PresIden PEMUISI, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim, masyarakat kini lebih mendekati puisi.

DR RADZUAN IBRAHIM

“Kalau kita lihat perkembangan terkini, majlis baca puisi melalui dalam talian mendapat tontonan dan like yang banyak. Sebagai contoh, PEMUISI Malaysia menganjurkan Baca Puisi Ramadan secara dalam talian baru-baru ini, mendapat sambutan yang luar biasa dengan lebih 600 video baca puisi telah diposkan dalam FB PEMUISI Berkarya.

“Dengan program ini, PEMUISI telah berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records atas penyertaan video paling banyak dalam program dalam talian,  katanya.

Selain itu, dalam program-program lain seperti Baca Puisi Buat Nanggala 402 dan Baca Puisi Buat Palestin, juga mendapat tontonan yang ramai. 

Dari segi bahan bacaan, PEMUISI telah berjaya menerbitkan tujuh buah buku Kumpulan Puisi dan antologi puisi.

Malah, PEMUISI juga menerbitkan majalah bulanan Jurnal Pemuisi  yang kini sudah masuk bilangan ke 25 berjaya diterbitkan. 

Sambutan yang diterima daripada anggota masyarakat, khususnya dalam kalangan kalangan penulis amat menggalakkan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya