Struktur tanah jalan punca mendapan - Utusan Malaysia

Struktur tanah jalan punca mendapan

MENDAPAN tanah sepanjang 100 meter yang dikesan berlaku di Jalan Merbau, Kg. Bukit Hijau, Kuala Selangor, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Struktur jalan yang tidak kukuh menjadi punca berlakunya mendapan di sepanjang 100 meter Jalan Merbau, Kg. Bukit Hijau di sini hari ini.

Kejadian mendapan tanah itu disedari kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor dalam kenyataannya berkata, mendapan tanah yang dikesan adalah sedalam 1.3 meter.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku susulan kegagalan struktur tanah di lokasi kejadian.

“Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilaksanakan susulan penutupan jalan kepada semua lalu lintas.

“Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif di persimpangan Jalan Rizab Hj. Ali – Jalan Rezab Masjid – Jalan Rizab Yaakob,” kata kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya