Stor logistik IPD Sentul terbakar - Utusan Malaysia

Stor logistik IPD Sentul terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stor logistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terbakar pada pukul 11.50 malam tadi mengakibatkan kerosakan terhadap dua motosikal dan bot gentian terbakar.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.57 malam.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Mohd Hafizan Hassan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan dibantu BBP Titiwangsa ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan jentera Water Tanker dengan kekuatan 15 anggota bergegas ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah stor logistik, dua motosikal dan sebuah bot gentian .

“Api berjaya dikawal pada 12.14 tengah malam dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 12.33 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Hafizan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 70 peratus.

Ujarnya, punca kejadian masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya