STAR tidak lindungi ahli terlibat gangguan seksual - Utusan Malaysia

STAR tidak lindungi ahli terlibat gangguan seksual

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Istilah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ cukup untuk menggambarkan situasi yang dialami Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) ketika ini.

Seorang ahli yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita menimbulkan kesusahan kepada ahli-ahli STAR yang lain.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, situasi yang berlaku ini mendedahkan parti kepada serangan-serangan daripada pihak lawan. Individu ini bertindak mengikut kemahuannya sendiri dan tidak ada kaitan dengan parti STAR.

“Sebarang usaha untuk menyeret parti ke dalam perkara ini adalah tidak bertanggungjawab dan perlu dikecam.

“Untuk itu, saya menyeru semua ahli dan penyokong supaya berdiri teguh di belakang kepimpinan  dan jangan melindungi individu yang hanya tahu bersembunyi di sebalik nama STAR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, STAR tidak akan melindungi mana-mana ahli yang terlibat dalam kesalahan atau perbuatan yang mencemarkan nama baik parti.

Sebagai tanda kesungguhan parti dalam menangani isu ini, ahli tersebut telah digantung dari semua jawatan di dalam parti. Lembaga disiplin parti juga akan bersidang dalam masa terdekat untuk memutuskan status keahliannya.

Beliau turut menyokong saranan yang dibuat oleh Pengerusi Induk Ahli-ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau Joanna Kitingan yang menyeru semua mangsa untuk tampil ke depan bagi membantu dalam siasatan polis.

Pada 2 Jun lalu, STAR bertindak menggantung keahlian Penyelaras Parlimen STAR Putatan yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan peserta Unduk Ngadau 2021.

Individu berusia 52 tahun itu kini direman selama empat hari bermula 4 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya