Skuad 'lemah' Venezuela ikat Colombia - Utusan Malaysia

Skuad ‘lemah’ Venezuela ikat Colombia

PERTAHANAN Colombia, Davinson Sanchez (atas) bersaing dengan pemain Venezuela, Fernando Aristeguieta dalam perlawanan Kumpulan B, Copa America di Stadium Olympic, Goiania, Brazil, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Venezuela yang ‘diserang’ Covid-19 sebelum kejohanan bermula, akhirnya meraih mata pertama dalam Copa America selepas mengikat Colombia 0-0 sebentar tadi.

Colombia melancarkan 23 percubaan keseluruhan berbanding hanya dua yang dilakukan Venezuela sepanjang permainan.

Beraksi tanpa ramai tonggak utama selepas lapan pemain dijangkiti Covid-19, Venezuela menunjukkan pertahanan yang bagus, terutama penjaga gol, Wuilker Farinez beberapa kali menyelamatkan keadaan.

Di hujung permainan, Colombia melancarkan serangan bertali-arus memaksa pemain Venezuela berkampung di tempat sendiri dan mematahkan percubaan lawan.

Perlawanan akhirnya berkesudahan tanpa jaringan dan Colombia terpaksa menutup permainan dengan 10 pemain selepas penyerang mereka, Luis Diaz dibuang pertahanan pada waktu kecederaan.

Colombia yang mengalahkan Ecuador 1-0 dalam aksi pembukaan, Isnin lalu bakal berdepan ujian getir Brazil, Khamis ini.

Venezuela yang sebelum ini dihukum 3-0 oleh Brazil akan menentang Ecuador dalam perlawanan ketiga Kumpulan B. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya