KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dijangka tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan parti sekaligus menafikan dakwaan laporan sebuah portal yang menyatakan Presiden Warisan itu akan menghadap Agong petang ini.
Esok, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut dijangka ke Istana Negara.
Mohd. Shafie antara pemimpin-pemimpin politik yang dipanggil menghadap Agong bermula hari ini sehingga 11 Jun.
Perjumpaan pemimpin-pemimpin politik ini bermula dengan pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba di Istana Negara pada 7.49 pagi tadi.- UTUSAN ONLINE