Seorang lagi ditahan kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP - Utusan Malaysia

Seorang lagi ditahan kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP

SAHABUDIN ABD, MANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar. Yew Tung Seang di Jalan Park, Pulau Tikus, di sini Sabtu lalu. 

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi hari ini di kawasan Balik Pulau, dekat sini. 

Jelas beliau, susulan penahanan suspek ke lima itu pihaknya percaya kes tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. 

“Susulan penahanan kelima-lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes itu, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai dilarikan daripada rumah tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Jelas beliau, kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan. 

Semalam polis berjaya menahan empat lelaki termasuk dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes itu dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pantai Bersih, Butterworth, kira-kira pukul 10.15 pagi. 

Kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira sejam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah tersebut. 

Difahamkan, kejadian itu disedari ahli keluarga Tung Seang pukul 9 pagi pada hari kejadian selepas mendapati rumah tersebut dalam keadaan berselerak. 

Pemeriksaan lanjut juga mendapati sebuah kenderaan jenis Honda CRV dan beberapa barangan berharga antaranya komputer riba serta beg berjenama telah hilang. 

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup di kediaman rasmi itu turut mendapati kelibat lelaki memasuki rumah dua tingkat tersebut kira-kira pukul 5 pagi dan melarikan barangan yang hilang termasuk sebuah kereta. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya