Segerakan suntikan vaksin terhadap pemandu teksi - Utusan Malaysia

Segerakan suntikan vaksin terhadap pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan suntikan vaksin Covid-19 kepada seluruh pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara dengan segera memandangkan kumpulan itu berisiko kepada jangkitan virus Covid-19.

Yang Dipertua Gabungan Teksi SeMalaysia, Kamarudin Hussain berkata, pemain industri khususnya pemandu teksi adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak itu kerana mereka terdedah secara langsung dengan penumpang.

“Ia juga disebabkan faktor usia pemandu-pemandu teksi yang telah berusia dan ini amatlah membimbangkan kami, malah, terdapat juga beberapa ahli kami telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

“Sehubungan itu, kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan memudahkan cara vaksinasi kepada ahli-ahli kami di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kamarudin memaklumkan, pihaknya telah menghantar surat permohonan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin semalam agar mempertimbangkan permohonan suntikan kepada para pemandu teksi dengan segera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya lagi, beliau juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dan memudahkan segera melakukan proses vaksinasi tanpa melalui cara yang merumitkan.

“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang sama melihat isu pemberian vaksin kepada pemain industri perkhidmatan dan pengangkutan awam darat sebagai satu perkara perlu diberi perhatian,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya