Segera daftar vaksin untuk kembali normal - Utusan Malaysia

Segera daftar vaksin untuk kembali normal

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat digesa untuk segera mendaftar dan mendapatkan vaksin Covid-19 kerana hanya itu jalan yang membolehkan semua pihak kembali ke kehidupan normal.

Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Shamsudin berkata, langkah vaksinasi yang pantas oleh negara luar seperti United Kingdom membuktikan rakyat mereka sudah mula menjalankan aktiviti dan sosial seperti biasa.

“Kita perlu membantu ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga mendaftar. Kerajaan tidak putus-putus menambahbaik sistem yang ada.

“Kita juga mesti menolak gerakan antivaksin di media sosial kerana golongan yang menolak sains dan pakar perubatan ini amat merbahaya.

“Jangan kongsi dakwaan-dakwaan yang tidak pasti tentang vaksin. Dapatkan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan dan pakar-pakar perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laman rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) merekodkan seramai 13,789,736 mendaftar vaksin dan 3,132,304 sudah divaksinasi setakat ini.

Malaysia mempunyai kira-kira 32 juta populasi dan negara menyasarkan sekurang-kuranganya 80 peratus penduduk perlu divaksin bagi mencapai sasaran imuniti berkelompok.

Untuk rekod, hanya Putrajaya yang sudah mendaftar vaksin sepenuhnya manakala Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak Perlis, Sarawak dan Selangor mencatatkan lebih 50 peratus sudah mendaftar.

Kelantan, Pahang dan Terengganu masih di bawah kadar 50 peratus dan Sabah paling rendah iaitu 22.86 peratus.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, keputusan kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh pada 1 Jun lalu sudah menunjukkan hasil dan kes harian jangkitan Covid-19 juga berkurang.

Pun begitu, katanya, matlamat kerajaan hanya akan mencapai jika semua pihak menyokong dan bersama-sama membantu dalam menjayakan usaha tersebut.

“Risiko jangkitan wabak masih kekal, terutamanya kepada golongan yang berpenyakit dan punyai komplikasi kesihatan.

“Paling penting, kita perlu mendaftar untuk divaksin, menerusi saluran yang telah disediakan dan menghadiri temujanji yang telah ditetapkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya