"Saya masih belum bankrap" - Najib - Utusan Malaysia

“Saya masih belum bankrap” – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau masih belum bankrap ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, masih terdapat banyak lagi proses dan ia masih panjang sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetap mahu memufliskan beliau.

“Lagipun, sekiranya kerajaan PN berjaya pun, ia tak bermaksud saya akan henti bersuara demi rakyat dan tiada sesiapa pernah kata status bankrap tidak boleh dipulihkan dalam masa terdekat sebab bankrap tak bermaksud saya lumpuh.

“Status bankrap juga tak maksud saya terus bertukar menjadi sembab, lembab atau bodoh seperti diakui orang tertentu dalam bicara khas hari itu,” katanya dalam status Facebook hari ini.

Najib hari ini gagal menghalang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada melaksanakan penghakiman terus Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 billion.

Perkara itu ditentukan selepas Hakim Datuk Ahmad Bache menolak permohonan beliau untuk menangguhkan penghakiman terus itu sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan, Rabu ini.

Bekas Perdana Menteri selaku defendan turut diperintah membayar kos RM15,000.

Selepas lapan bulan penghakiman terus dikeluarkan pada 22 Julai tahun lalu sehingga notis kebankrapan difailkan pada 4 Februari lalu, beliau belum membayar apa-apa tunggakan sebaliknya memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu

Dalam pada itu, Najib mendakwa, kebanyakan media tempatan hari ini kurang menyentuh maklumat penting digunakan hakim bicara yang tidak membenarkan usahanya menangguhkan tindakan LHDN terhadap kebankrapan itu.

Beliau mendakwa, amat mudah bagi sesebuah kerajaan untuk menyalahgunakan akta cukai untuk kenakan seteru mereka dengan apa-apa taksiran cukai yang mereka mahu.

“Kalau kerajaan nak kenakan denda cukai sebanyak RM1 trillion ke atas Tun Dr Mahathir Mohamed atau Lim Guan Eng pun, jalan terus dan sah di bawah undang-undang atas dasar “bayar dulu, bincang kemudian” ini.

“Soal pengiraan taksiran itu sahih atau tidak, kira nanti,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya