Sanusi beri keterangan dakwaan langgar SOP hari ini - Utusan Malaysia

Sanusi beri keterangan dakwaan langgar SOP hari ini

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor akan memberi keterangan berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Autocity Juru, Pulau Pinang kepada pihak polis, petang ini.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau akan memberi kerjasama penuh berhubung perkara itu dan bersedia berdepan apa saja kemungkinan selepas disiasat.

Menceritakan kejadian yang berlaku petang kelmarin, Muhammad Sanusi berkata, ketika itu, beliau bersama pemandu dan pengiringnya yang merupakan seorang anggota polis dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat dan mengadakan pertemuan bersama pelabur di ibu kota, semalam.

“Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah kedai serbaneka di Autocity bagi membeli makanan antaranya roti dan minuman. Sementara menunggu pemandu membeli barangan itu, saya menyapa seorang penjual yang sedang menyusun kenderaan di situ.

“Penjual itu yang bernama ‘Ong’ cukup ramah walaupun mulanya dia tak perasan saya Menteri Besar. Kami bersembang mengenai kenderaan dijualnya sebelum saya meminta untuk melihat ruang dalaman dan duduk di kerusi penumpang depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Dewan Al-Farabi, Kompleks Pendidikan Negeri di sini, hari ini.

Tambahnya, pengawal pengiringnya turut duduk di bahagian belakang kenderaan tersebut dan itu sememangnya sebahagian daripada prosedur biasa keselamatan yang sering berlaku.

“Saya tidak membuat pandu uji langsung sebaliknya penjual itu saja yang memandu kenderaan tersebut.

“Selepas itu, kami melihat pula varian lain bagi kenderaan yang sama tetapi kali ini saya tidak masuk ke dalam kenderaan. Cumanya apabila pintu kenderaan kedua dibuka, saya ternampak seseorang merakam gambar kami,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, saya serahkan kepada pihak polis untuk menilai dan bersedia berdepan segala kemungkinan.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, beliau turut memaafkan wanita yang menularkan isu itu.

“Cumanya dia mungkin boleh bertanya secara baik mengenai apa yang berlaku pada waktu itu, dan saya pun boleh jawab elok-elok,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya