Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ditangguhkan - Utusan Malaysia

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ditangguhkan

SULTAN Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah Ke-79 pada tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, penundaan tarikh tersebut diperkenankan Sultan Sallehuddin.

“Pendekatan ini diambil berikutan keadaan semasa negara yang masih belum stabil berikutan peningkatan drastik pandemik Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

“Langkah ini harus diambil dalam usaha untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus menular di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ammar, hari pelepasan am atau cuti umum sempena hari keputeraan baginda pada 20 Jun depan bagaimanapun tetap dikekalkan tanpa sebarang perubahan.

“Ucapan sembah tahniah sempena sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan baginda menerusi media cetak dan elektronik juga boleh dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerjasama dan sokongan berterusan daripada rakyat amat diperlukan untuk memastikan keberkesanan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Semua itu perlu bagi menjamin kelangsungan kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya