SAM, CAP mahu Pulau Pinang hormati proses rayuan nelayan berhubung PSR - Utusan Malaysia

SAM, CAP mahu Pulau Pinang hormati proses rayuan nelayan berhubung PSR

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap kerajaan negeri tidak akan memulakan kerja-kerja penambakan projek tambak laut di perairan selatan negeri (PSR) sehingga rayuan oleh Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) berhubung projek berkenaan diselesaikan di mahkamah.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), R. Meenakshi berkata, Pen Mutiara telah menghantar rayuan bagi mencabar kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) itu terhadap Lembaga Rayuan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (di bawah peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Lembaga Rayuan 2003).

“Kelulusan EIA oleh JAS ini sedang dicabar di Lembaga Rayuan menerusi injunksi yang difailkan oleh pihak Pen Mutiara.

“Proses rayuan ini penting untuk dihormati dan kerajaan negeri perlu menghormati proses ini dengan tidak memulakan sebarang kerja penambakan sehingga rayuan ini selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kon Yeow sebelum ini berkata, kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek PSR itu dan tidak bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya projek tersebut dibatalkan.

Kon Yeow juga dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak perlu memilih antara PSR dan alam sekitar serta nelayan kerana kemajuan teknologi serta kejuruteraan membolehkan projek itu dibangunkan dan pada masa sama tetap memelihara alam sekitar dan masyarakat.

Menurut Meenakshi, pihaknya hairan dengan sikap kerajaan negeri yang kelihatan terdesak untuk melaksanakan projek itu walaupun Pulau Pinang mempunyai tanah yang luas di kawasan Seberang Perai.

“Kenapa kawasan sensitif seperti laut perlu ditambak sedangkan Seberang Perai mempunyai keluasan tanah yang sesuai untuk menyeimbangkan pembangunan Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya kesal kerana kerajaan negeri dilihat tidak memberikan pertimbangan sewajarnya dengan fakta berkaitan kemusnahan yang akan berlaku sekiranya PSR diteruskan.

Dalam masa sama, beliau turut mendesak kerajaan negeri menghormati proses rayuan kelulusan EIA yang sedang dicabar oleh nelayan di mahkamah.

“Proses rayuan itu penting untuk diselesaikan terlebih dahulu agar keadilan untuk para nelayan dapat dicapai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya