Rosol tawar ganjaran RM10,000 untuk DUN tertinggi pendaftaran vaksin - Utusan Malaysia

Rosol tawar ganjaran RM10,000 untuk DUN tertinggi pendaftaran vaksin

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menawarkan wang RM10,000 kepada mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu yang mencapai peratusan pendaftaran vaksin Covid-19 tertinggi.

Rosol berkata, ganjaran itu bertujuan memberi galakan kepada rakyat untuk segera mendaftar dan menerima manfaat di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, langkah itu dalam masa sama dapat meningkatkan jumlah pendaftaran vaksin Covid-19 yang masih lagi rendah di Terengganu ketika ini.

“Kita ingin memastikan rakyat berlumba-lumba untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa rasa takut atau termakan kata-kata golongan anti vaksin,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Bantuan Khas Covid-19 Gerobok Prihatin di Masjid Pekan Ajil di sini hari ini.

Rosol berkata, inisiatif Gerobok Prihatin dilaksanakan di 93 masjid di Parlimen itu sejak Ramadan lalu bagi membantu penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dan PKP Diperketatkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya