RM7.2 juta bantu rakyat terkesan PKP - Utusan Malaysia

RM7.2 juta bantu rakyat terkesan PKP

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan sebanyak RM7.2 juta bagi menjayakan pelbagai inisiatif membantu golongan asnaf yang terjejas teruk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekatan pergerakan penuh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, mereka yang dibantu itu antara yang terkesan berikutan penutupan sektor sosial dan ekonomi sepanjang PKP tersebut.

Titah baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs, peruntukan khas yang amat besar itu adalah bagi membantu rakyat di negeri ini.

“Pelbagai inisiatif yang telah dirancang akan diperincikan sebelum dilaksana bagi meringankan beban hidup mereka yang terkesan (asnaf) seperti mana yang diharapkan oleh para penyumbang zakat melalui MAIPs.

“Selain segala inisiatif yang diaturkan melalui jumlah peruntukan tersebut, MAIPs juga telah mengenal pasti beberapa inisiatif sebagai persediaan sekiranya terdapat kehendak baharu seperti contohnya jika berlakunya pelanjutan tempoh sekatan pergerakan penuh atau terdapat keperluan-keperluan wajar yang lain,” titah baginda di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihak MAIPs akan mengumumkan mengenai pengagihan sumbangan dan pelaksanaan inisiatif yang telah dikenalpasti secara khusus dalam sedikit masa lagi.

“MAIPs akan sentiasa berusaha memastikan segala inisiatif yang dilaksanakan ini, akan mengambil kira pelbagai faktor, termasuklah keadaan semasa dan keperluan mendesak yang akan memberi manfaat kepada golongan sasar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya