Raja-Raja Melayu bersidang 2.30 petang ini - Utusan Malaysia

Raja-Raja Melayu bersidang 2.30 petang ini

KENDERAAN yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sembilan Raja-Raja Melayu akan bersidang bermula pukul 2.30 petang ini di Istana Negara bagi membincangkan perkara berkaitan pandemik Covid-19, sosial, ekonomi serta semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mempengerusikan perbincangan tersebut.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijalankan selepas Yang di-Pertuan Agong selesai menerima sembah maklum semua ketua parti politik kerajaan dan pembangkang minggu lalu.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda juga menerima perkenan menghadap beberapa pakar agensi kerajaan yang juga dijadualkan memberi sembah taklimat di hadapan Majlis Raja-Raja hari ini.

Menurutnya, mereka juga akan memaklumkan hal-hal berkaitan isu kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara daripada pandangan masing-masing. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya