PETALING JAYA: Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan mengenai sumbang mahram sejak kebelakangan ini mula mewujudkan kesedaran bahana pelakuan jenayah itu. Jika sebelum ini, aduan melibatkan pelakuan jenayah tersebut dibuat oleh individu sekeliling seperti keluarga, guru dan rakan-rakan, namun trend mula berubah apabila mangsa sendiri mula tampil membuat laporan. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memberitahu, purata sebanyak 15 kes sebulan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perlakuan jenayah itu sejak kebelakangan ini. Menurut beliau, perkembangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya