Pulau Pinang tidak pernah kehilangan peluang pembangunan tanpa PSR - Utusan Malaysia

Pulau Pinang tidak pernah kehilangan peluang pembangunan tanpa PSR

ZIKRULLAH Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang tidak akan kehilangan peluang untuk membangunkan negeri ini tanpa tambakan laut sekiranya kerajaan negeri memberi keutamaan untuk membangunkan kawasan Seberang Perai.

Pengerusi Pertubuhan Lestari Pulau Pinang (Lekas), Zikrullah Ismail berkata, pembangunan kawasan Seberang Perai adalah masa depan Pulau Pinang yang mesti diutamakan oleh kerajaan negeri.

”Apa yang sedang dibuat oleh kerajaan negeri sekarang umpama ‘si suami mahu bermewah dengan berhutang membeli kereta mahal, namun, barang kemas isteri digadaikan’.

“Idea pembangunan melibatkan pembangunan tambakan laut kononnya bijak, namun, rupanya menggadai hak milik awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebelum ini berkata, kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek PSR itu dan tidak bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya projek tersebut dibatalkan.

Menurut Zikrullah, jika benar projek tambak laut mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat, situasi sama sepatutnya boleh dilihat kini dalam Projek Tambakan Seri Tanjong Pinang 2 (STP2) namun dilihat seolah-olah terbengkalai.

“Berapa banyak peluang pekerjaan yang ada dalam kalangan rakyat kita berbanding pekerja asing dan berapa banyak peluang pekerjaan yang sesuai untuk nelayan.

“Jika tambakan STP2 pun sedang nyawa-nyawa ikan mencari pelabur sekarang, jangan bermimpi di siang hari untuk mampu menguruskan projek tambak PSR,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya