Program khas Jakim bacaan yasin, doa esok demi kesejahteraan negara - Utusan Malaysia

Program khas Jakim bacaan yasin, doa esok demi kesejahteraan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama membaca Yasin dan doa demi kesejahteraan negara, esok menerusi rancangan terbitan Jabatan itu di saluran TV1 RTM.

Jakim dalam kenyataan berkata, program khas itu bertujuan melazimi bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam kalangan umat Islam di samping doa dan munajat dalam tempoh negara berhadapan dengan saat getir musibah pada ketika ini.

Katanya, ia bermula dalam Rancangan Salam Pagi pada pukul 7.10 pagi dengan bacaan Yasin diketuai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, Amirahman Abas manakala ahli panel Zul Ramli M. Razali akan mengupas ayat-ayat dalam surah berkenaan.

Ia diikuti rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Takut Allah atau Takut Covid-19?” bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam pada tarikh sama dengan turut dimulai dengan bacaan Yasin dipimpin oleh Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, Tirmizi Ali.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan tampil sebagai ahli panel di samping moderator Ahmad Shukri Yusoff dan Mohd. Hariri Mohamad Daud.

“Semoga usaha ini akan mendapat rahmat daripada Allah SWT serta dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam keadaan wabak Covid-19 yang sedang melanda,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, Jakim berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton dan menyertai kedua-dua program yang bermanfaat ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya