Prof Muhaya mohon maaf isu isteri 'buat-buat' bodoh - Utusan Malaysia

Prof Muhaya mohon maaf isu isteri ‘buat-buat’ bodoh

Muhaya Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad memohon maaf berhubung isu kenyataannya yang mencetuskan kontroversi iaitu mengenai wanita yang perlu ‘buat-buat’ bodoh jika ingin bahagia di samping suami atau ingin cepat bertemu jodoh.

Beliau dalam kenyataan di Instagram berkata, hal ini hanya merupakan satu salah faham kerana petikan kenyataannya itu dipetik daripada siaran langsung di Page Facebook Prof Muhaya serta YouTube Prof Muhaya TV yang berdurasi selama 45 minit dan diterbitkan pada 6 Februari lalu.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun team bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya. Sebenarnya, buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta dan Cita-cita,” katanya.

Muhaya memberitahu, beliau juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat reda Allah.

“Atas salah faham ini, bonda ingin hadiahkan nota ringkas live Cinta dan Cita-cita (di YouTube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul,” ujarnya.

Tambah Muhaya, secara teknikalnya, video yang memuatkan kenyataannya itu adalah daripada video lama.

Bagaimanapun, katanya, beliau faham bahawa klip yang telah disunting kepada 56 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya