Prestasi 43 mata pelajaran meningkat, 39 turun dan satu kekal - Utusan Malaysia

Prestasi 43 mata pelajaran meningkat, 39 turun dan satu kekal

DR. RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menyaksikan 43 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi manakala 39 subjek menurun dan satu kekal daripada keseluruhan 83 subjek.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, prestasi mata pelajaran teras SPM iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains meningkat manakala dua subjek lain iaitu Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris menurun.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 68.22 peratus daripada 1,435 calon berkeperluan khas (CBK) SPM 2020 layak dianugerahkan sijil SPM.

Ujarnya, jumlah itu adalah peningkatan berbanding 2019 apabila 61.43 peratus dengan peningkatan 6.88 peratus.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar keputusan SPM 2020 hari ini.

Seramai 401,105 calon mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2020 di 3,310 pusat peperiksaan seluruh negara bermula 22 Februari hingga 25 Mac lalu.

SPM 2020 dilihat ujian getir buat pelajar Tingkatan Lima selepas jadual peperiksaan ditunda manakala calon mengulang kaji pelajaran secara dalam talian susulan penutupan sekolah akibat penularan Covid-19.

Sesi persekolahan tahun ini juga terjejas dengan murid atau pelajar menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi mengelak jangkitan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN