PPV UMS sasar hingga 8,000 penerima vaksin - Utusan Malaysia

PPV UMS sasar hingga 8,000 penerima vaksin

Dr Taufiq Yap (kiri) menjadi individu pertama menerima vaksin di PPV UMS, Kota Kinabalu yang mula beroperasi hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula hari ini akan membantu mempercepatkan pencapaian imuniti berkelompok di negeri ini.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, PPV UMS ini dijangka mampu memberi manfaat kepada kira-kira 8,000 orang penerima vaksin yang terdiri daripada kakitangan serta ahli keluarga, pelajar dan masyarakat setempat di sekitar Sepanggar.

Beliau berkata, ketika ini kadar vaksinasi bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah masih rendah dan pemilihan UMS sebagai PPV ini satu langkah tepat untuk membantu Sabah memberikan vaksin kepada rakyat di negeri ini.

“Untuk itu, kita menggerakkan doktor pakar, jururawat serta sukarelawan dalam kalangan kakitangan dan pelajar untuk membantu realisasikan PPV di UMS.

“Dalam minggu sahaja, kita menyasarkan 1,000 orang akan menerima vaksin dengan bilangan penerima 200 orang setiap hari,” katanya selepas menerima vaksin di sini hari ini.

Taufiq berkata, PPV UMS ini mampu memberikan 1,000 dos vaksin setiap hari dan diharap bekalan akan ditambah secara berperingkat untuk minggu-minggu berikutnya.

Menurutnya, sebagai sebuah universiti awam pertama di Sabah yang dipilih sebagai PPV mereka menguna pakai kepakaran yang ada dalam bidang perubatan untuk membantu menjayakan pelaksanaan PICK di negeri ini.

“Kita tidak boleh membiarkan ada masyarakat yang belum divaksin kerana kita khuatir mereka akan membawa jangkitan, situasi itu yang menjadi kerisauan kita.

“Kita tidak akan selamat jika masih ada rakyat yang belum divaksin. Jadi, ini antara sumbangan UMS dalam memanfaatkan kepakarann dan sumber tenaga yang ada untuk membantu masyarakat di Sabah menerima vaksin,” katanya.

Terdapat 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar perubatan UMS yang bertugas di PPV UMS.

Mengenai ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), UMS sudah menjalankan 400,000 ujian saringan Covid-19 sejak April 2020 hingga sekarang.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya