PPV swasta tidak boleh kenakan sebarang caj pemberian vaksin - Utusan Malaysia

PPV swasta tidak boleh kenakan sebarang caj pemberian vaksin

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pengamal perubatan swasta yang terlibat sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak boleh mengenakan sebarang bayaran kepada orang ramai untuk imunisasi Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menegaskan, tiada kos rundingan juga boleh dikenakan oleh pengamal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas janji temu yang diberikan untuk divaksinasi.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa suntikan vaksin di bawah PICK adalah diberikan percuma kepada semua penduduk Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata, prinsip sama juga terpakai untuk program PPV Industri di bawah PICK Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang telah digerakkan untuk mengawal penularan wabak Covid-19 melalui Fasa 4.

Beliau berkata, vaksin dibekalkan secara percuma di bawah PIKAS dan kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan di mana kos tersebut merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta.

“Majikan dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin dan sebaliknya terus melaporkan perkara tersebut kepada polis,” katanya.

Menurut Khairy, terdapat beberapa jenis PPV yang dikendalikan pengamal perubatan swasta di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan.

Katanya, PPV tersebut adalah PPV Pengamal Perubatan Am Swasta, PPV Hospital Swasta, PPV Klinik Pakar, PPV Pusat Jagaan Ambulatori dan PPV Industri.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya