Polis Perak tubuh pasukan pemantau Covid-19 - Utusan Malaysia

Polis Perak tubuh pasukan pemantau Covid-19

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak merancang menubuhkan Pasukan Pemantau Bersepadu Berpusat bagi melakukan pemantauan secara bersasar termasuk melibatkan aduan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasukan itu melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut terbabit dalam pembentukan pasukan berkenaan.

“Kita dalam perancangan mewujudkan Pasukan Pemantau Bersepadu Berpusat yang akan membuat pemantauan secara bersasar dan berdasarkan aduan orang ramai berkaitan pelanggaran SOP yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu Mior Farid memberitahu, sebanyak 1,239 kompaun dikeluarkan melibatkan pelbagai pelanggaran SOP sejak 1 jun hingga semalam. 

Katanya, gagal memakai pelitup muka merupakan kesalahan yang paling banyak direkodkan iaitu sebanyak 244 kompaun. 

“Kita telah mendirikan sebanyak 63 sekatan jalan raya (SJR) secara tetap di mana pertambahan SJR akan dibuat berdasarkan keperluan penugasan semasa. 

“SJR bergerak atau ‘snap check’ akan dibuat mengikut keperluan terutamanya di jalan pintas atau lorong tikus,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 339 pasukan pemantau pematuhan SOP digerakkan dengan kadar penugasan yang lebih kerap. 

“Semua elemen rondaan juga digerakkan bagi tujuan tersebut. Pada ketika ini, kita mendapati kadar pematuhan SOP sebanyak 96 peratus,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya