Polis kenal pasti individu rosak penghadang jalan di Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Polis kenal pasti individu rosak penghadang jalan di Kuala Terengganu

PENGHADANG jalan yang dipercayai dirosakkan penduduk setempat di jalan alternatif di Kampung Jeram susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Terengganu.-UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab yang merosakkan penghadang jalan raya di tiga lokasi berbeza di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Zin berkata, kerosakan itu dikesan berlaku pada 30 Mei lalu membabitkan laluan alternatif di Kampung Jeram dan Kampung Tiruk di sempadan Hulu Terengganu manakala Jalan Surau Haji Yaacob yang bersempadan daerah Marang.

“Kita tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat itu dilakukan penduduk setempat yang keluar dari mukim masing-masing dan cuba merentas daerah tanpa kebenaran pihak polis.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan kita sedang memburu pesalah yang dipercayai dalam kalangan penduduk setempat bermotosikal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau laluan alternatif di Kampung Jeram di sini hari ini.

Abdul Rahim turut mengingatkan penduduk di Kuala Terengganu agar sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan hingga 12 Jun ini.

“Sekali lagi, saya beri amaran tindakan undang-undang akan diambil kepada mereka yang membuat khianat sama ada mengalihkan atau merosakkan penghadang jalan. Bagi yang cuba merentas daerah tanpa kebenaran sah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal dikenakan kompaun RM5,000,” katanya. -UTUSAN ONLUNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya