Polis buru lelaki samun kedai runcit - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki samun kedai runcit

TANGKAP layar daripada rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki mengacu pisau ke arah seorang juruwang wanita di sebuah kedai runcit di di Jalan Bohor Tempoyak, Langkawi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Jalan Bohor Tempoyak di sini, semalam.

Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki terbabit didakwa berjaya melarikan wang sebanyak RM600 dalam kejadian pada pukul 6.30 petang.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu didapati berlegar-legar di dalam kedai lalu sebelum menuju ke kaunter bayaran dengan mengacu pisau ke arah seorang juruwang wanita berusia 21 tahun.

Katanya, suspek kemudian meminta juruwang tersebut memberikan semua wang yang ada di dalam kaunter tersebut sebelum melarikan diri.

“Ketika kejadian itu, suspek memakai topi keledar hitam, pelitup muka dan cermin mata bagi mengelak identitinya dikesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Video rakaman CCTV mengenai kejadian samun bersenjata itu juga tular dalam media sosial sejak semalam.

Shariman berkata, siasatan awal mendapati suspek memiliki ketinggian kira-kira 165 sentimeter.

Katanya, polis sedang mengesan suspek tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis yang terdekat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya