PKP 3.0 : Jangan heret rakyat, kilang patut ditutup - Utusan Malaysia

PKP 3.0 : Jangan heret rakyat, kilang patut ditutup

MOHD RAZLAN MUHAMAD RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehidupan rakyat yang sengsara dan terpaksa berkurung di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak sepatutnya berterusan di sebalik kes Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda pulih.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafii berkata, kerajaan sewajarnya menutup operasi kilang yang menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah kes Covid-19 setakat ini.

Malah katanya, apa yang menjadi persoalan pelaksanaan PKP  dilihat tidak memberi kesan meskipun hampir sebulan dikenakan tindakan tersebut. 

“Rakyat yang terperangkap  di rumah lebih ramai daripada mereka yang menyumbang kes-kes ini, 90 peratus rakyat tidak terlibat dengan kluster-kluster baru ini iaitu semuanya disebabkan kebenaran yang diberikan sendiri kerajaan.

” Ramai penganalisa Kerajaan memberi jaminan vaksin adalah jalan keluar. Namun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah maklum untuk mencapai imuniti kelompok akan menunggu sehingga bulan Disember. Adakah rakyat terpaksa duduk di rumah sehingga bulan Disember walhal tindakan PKP penuh kerajaan yang separuh masak inilah yang menyebabkan kegagalan untuk menurunkan kes-kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu Muhyiddin berkata, fasa pertama PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 kes.

Dalam pada itu Mohd. Razlan berkata, adalah tidak wajar kerajaan mempolitikkan kepentingan rakyat disebalik peningkatan kes Covid-19.

“Sejak hari pertama kerajaan umumkan sekatan pergerakan penuh, rakyat sudah mengeluh berkenaan operasi kilang yang berleluasa dan sudah memberi jangkaan kepada kerajaan bahawa kes-kes tidak dapat diturunkan,

“Namun  oleh kerana pembukaan sektor kilang ini, kerajaan mengambil keluhan dan rungutan ini sebagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya