Petugas media di Perak terima tarikh temu janji vaksin hari ini - Utusan Malaysia

Petugas media di Perak terima tarikh temu janji vaksin hari ini

DR DING LAY MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Petugas media di Perak akan menerima tarikh temu janji untuk suntikan vaksin Covid-19 bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, pihaknya telah menerima senarai nama petugas media membabitkan 123 orang termasuk wartawan dan jurugambar.

“Kita telah terima senarai nama petugas media di Perak dan akan buat hebahan tarikh temu janji untuk mereka datang mendapatkan suntikan.

“Seramai 123 petugas media akan menerima tarikh temujanji itu yang kebanyakannya berada di daerah Kinta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengiringi Menteri Besar,Datuk Saarani Mohamad melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Menerusi laporan media pada 28 April lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah mengumumkan kira-kira 1,500 petugas media bakal menerima vaksinasi pada Mei.

Bagaimanapun, isu suntikan kepada petugas media di negara ini mula diperkatakan apabila golongan itu masih belum menerima tarikh temujanji seperti yang dijanjikan.

Berikutan itu, beberapa persatuan mewakili petugas media termasuk Kelab Media Putrajaya (KMP), Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dan Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (MUTIARA) juga telah mengeluarkan kenyataan masing-masing bagi meminta suntikan imunisasi itu dipercepatkan.

Semalam, seramai 100 petugas media daripada pelbagai agensi di Lembah Klang dan Putrajaya menerima suntikan di PPV Dewan Sri Seroja bermula pukul 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya