Peruntukan RM205 juta menerusi MyBinary-PTPTN - Utusan Malaysia

Peruntukan RM205 juta menerusi MyBinary-PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelajar golongan B40 dan M40 yang melanjutkan pengajian di Universiti Binary bagi kemasukan 2021/2022 bakal menerima subsidi yuran pengajian melalui Geran Pendidikan Prihatin (GPP) MyBinary- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan peruntukan berjumlah RM205 juta secara one off.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya berharap pelajar dapat memohon untuk mendapatkan subsidi yuran ini. 

Katanya, GPP MyBinary-PTPTN mencerminkan keprihatinan pihaknya dan universiti berkenaan dalam menyokong usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutamanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19. 

“Terima kasih kepada Universiti Binary atas keprihatinan dengan menyediakan subsidi yuran yang tinggi demi membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan sekali gus menjadi universiti swasta yang wajar dicontohi.” Katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, PTPTN memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Binary bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar ke arah memperkasa pendidikan tinggi. 

Dengan peruntukan tersebut, pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang mengikuti pengajian asasi dapat menikmati subsidi sebanyak RM54,600 bagi empat tahun pengajian termasuk pengajian Ijazah sarjana muda, manakala pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM)  yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda pula dapat menikmati subsidi sebanyak RM40,950 bagi tiga tahun pengajian. 

Pelajar B40 dan M40 lepasan SPM dan STPM boleh mengemukakan permohonan GPP MyBinary-PTPTN mulai hari ini dengan melayari www.binary.edu.my/gpp. 

Sementara itu, Pengasas Universiti Binary, Tan Sri Datuk Prof. Joseph Adaikalam berkata, kaedah pengajian di universiti berkenaan juga memberi beberapa kelebihan yang sangat penting bagi kebolehpasaran graduan yang menggunakan tiga ekosistem yang sangat unik. 

“Pertamanya,semua pelajar Binary dilengkapkan dengan kemahiran industri spesifik untuk menjadi Industry Specialist Professionals atau graduan ISP melalui Ekosistem ISP,” katanya.

Tambah beliau, keduanya adalah melalui Ekosistem BEE atau Binary Entrepreneurial Ecosystem yang terdiri daripada ribuan usahawan, pihaknya dapat memupuk sifat keusahawanan dalam semua graduan mahu pun yang ingin bekerja atau yang ingin menjadi usahawan. 

“Ciri keusahawanan amat penting bagi graduan hari ini kerana majikan mengutamakan pekerja yang berinovasi dan berkreativiti.

“Ekosistem ketiga iaitu Binary Talent International (BTI) pula terdiri daripada ribuan majikan yang sedang mencari pekerja yang mempunyai kemahiran industri spesifik dengan kerangka  pemikiran keusahawanan yang komprehensif serta berfokus.

“Graduan dapat memohon untuk pekerjaan semasa dalam semester akhir tahun tiga. Pelajar dan majikan tidak perlu membayar apa-apa bayaran untuk perkhidmatan BTI,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya