Permohonan kemasukan IPTA, ILKA dibuka semula mulai esok - Utusan Malaysia

Permohonan kemasukan IPTA, ILKA dibuka semula mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Permohonan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) dibuka semula mulai esok hingga 21 Jun ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan permohonan itu membabitkan program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

Katanya,  keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA,” jelasnya.

KPT turut memaklumkan, pelajar lepasan SPM yang belum pernah memohon perlu mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian.

Menurut KPT lagi, bagi pelajar yang telah memohon, mereka perlu mengemas kini pilihan program pengajian.

“Semua urusan ini boleh dilakukan mulai esok bermula pukul 12 tengah hari sehingga 21 Jun, pukul 5 petang.

“Keputusan ini diharapkan dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian,” ujar kenyataan tersebut.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN