Perhilitan selamat beruang buta berjalan pelik - Utusan Malaysia

Perhilitan selamat beruang buta berjalan pelik

Usaha menyelamat turut melibatkan kakitangan Perhilitan, Pusat Konservasi Hidupan Liar dari Jenderak Selatan, Pahang dan dibantu pasukan polis tempatan dari Balai Polis Lanchang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seekor beruang matahari yang ada masalah penglihatan berjaya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pahang baru-baru ini.

Menurut kenyataan agensi berkenaan menerusi akaun Facebooknya, mamalia itu berjaya dikesan leka berehat di Felda Lakum, Lanchang, Daerah Temerloh pada Ahad lalu.

Operasi tersebut dilaksanakan susulan pihaknya menerima aduan orang awam berhubung kehadiran haiwan itu atau juga disebut beruang madu atau nama saintifiknya Ursus malayanus.

Mereka mendakwa bahawa beruang berkenaan menunjukkan corak pergerakan tidak normal di sekitar lokasi ia ditemui seolah-olah memberi gambaran matanya ada masalah kebutaan.

Usaha menyelamat turut melibatkan kakitangan Perhilitan, Pusat Konservasi Hidupan Liar dari Jenderak Selatan, Pahang dan dibantu pasukan polis tempatan dari Balai Polis Lanchang.

Beruang tersebut kemudian ditidurkan sebelum segera dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak untuk tujuan rawatan dan pemantauan selanjutnya.

Haiwan ini dilindungi sepenuhnya Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan disenaraikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Konservasi Semula Jadi (IUCN) sejak 2007.

Dengan berat kurang 70 kilogram dan tinggi di bawah 70 sentimeter, beruang matahari ialah ahli keluarga paling kecil dalam keluarga beruang atau pengelasan saintifiknya, Ursidae.

Ia lazimnya ditemui berkeliaran di hutan Semenanjung Malaysia selain Sabah dan Sarawak serta Kalimantan dan Sumatera, Indonesia di samping Kemboja, Thailand dan Myanmar. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya