Penyelidik UMS rasa selamat di lapangan selepas vaksinasi - Utusan Malaysia

Penyelidik UMS rasa selamat di lapangan selepas vaksinasi

JIDON ADRIAN JANAUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Risiko berada di lapangan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan di lapangan membuatkan segelintir penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sering merasa tidak selamat sejak penularan Covid-19.

Namun, pemberian vaksin yang kini dilaksanakan di UMS yang menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula semalam memberikan mereka nafas lega kerana dapat menerima vaksin lebih awal.

Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan UMS, Dr. Jidon Adrian Janaun berkata, sudah lama dia menunggu giliran untuk diberikan vaksin iaitu sejak Februari.

“Kini saya rasa lebih selamat untuk berada di lapangan. Saya banyak terlibat dalam inovasi dan penyelidikan yang memerlukan saya berjumpa dengan masyarakat dan industri. Sejak pandemik, penyelidikan terpaksa ditangguhkan kerana jangkitan Covid-19 begitu berleluasa.

“Dengan pengambilan vaksin ini akan membuatkan saya merasa lebih selamat. Jika dibenarkan berada di lapangan selepas ini, kami tidak lagi ragu-ragu untuk keluar bertemu masyarakat dan industri,” katanya ketika ditemui semalam.

Jidon turut menasihatkan kepada orang ramai agar untuk segera mendapatkan vaksin kerana itu satu-satunya cara untuk memastikan rakyat selamat daripada jangkitan Covid-19. Jangan ragu-ragu untuk mengambil vaksin kerana ia telah disahkan selamat dan berkesan menangani pandemik Covid-19.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS, Noman Ahmad berkata, usaha menjadikan UMS sebagai salah satu PPV di Sabah akan membantu mempercepatkan lagi proses vaksinasi rakyat di Sabah.

NOMAN AHMAD

“Kita tahu peratusan pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah agak rendah dan dengan adanya PPV tambahan sebegini, ia pasti dapat meningkatkan peratusan individu yang divaksin.

“Untuk itu, kita menyeru penduduk sekitar Kota Kinabalu untuk sama-sama memanfaatkan PPV UMS ini kerana pusat ini dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan Hospital UMS dan pusat perubatan UMS yang terlatih,” katanya.

Sebelum bertawakal dan berserah kepada Tuhan, seseorang individu itu perlu berusaha terlebih dahulu dan pengambilan vaksin ini antara usaha yang dilakukan bagi menghindarkan diri daripada dijangkiti Covid-19.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya