Peniaga buah boleh terus berniaga, mohon permit online - Utusan Malaysia

Peniaga buah boleh terus berniaga, mohon permit online

Kesan Covid-19 berpanjangan, ramai rakyat terkesan dan tidak ada apa lagi boleh dikeluarkan dalam KWSP. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) masih membenarkan aktiviti perniagaan seperti gerai buah-buahan beroperasi seperti biasa meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan disambung dua minggu lagi bermula esok.

Bagaimanapun, Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, para pengusaha perlu mendapatkan permit untuk berniaga selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ujar beliau, memandangkan MBSP telah mengambil pendekatan menutup kaunter-kaunter perkhidmatan pelanggan bagi mengurangkan pergerakan orang awam dan penularan wabak, mereka yang ingin menjalankan aktiviti terbabit boleh memohon permit secara dalam talian melalui ‘Cyber Counter’ MBSP.

“Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon manakala bil bayaran permit akan dihantar melalui e-mel dan boleh dijelaskan secara dalam talian menerusi laman sesawang MBSP,” katanya di sini hari ini.

Bagi menyenangkan urusan peniaga-peniaga tersebut kata Rozali, pihaknya menyediakan senarai lokasi yang dibenarkan untuk berniaga sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Pada masa sama katanya, MBSP juga terbuka kepada sebarang cadangan termasuk bersedia menimbangkan kewujudan lokasi baharu yang sesuai.

“Selain itu, para peniaga juga diminta mengemukakan butiran peribadi secara terperinci termasuk butiran pekerja jika ada ketika memohon permit bagi memudahkan pergerakan ke lokasi perniagaan serta melancarkan aktiviti penghantaran buah-buahan.

“Bagaimanapun, syarikat atau peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diwajibkan mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Jabatan Pertanian negeri atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terlebih dahulu,” katanya.

Tambah Rozali, untuk keterangan lanjut peniaga yang terlibat boleh menghubungi Kaunter Helpdesk Pelesenan MBSP di talian 04-5497685 atau e-mel pertanyaan ke [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya