Pendika harap pengamal media segara disuntik vaksin - Utusan Malaysia

Pendika harap pengamal media segara disuntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) berharap pemberian vaksin kepada pengamal media di negeri dapat disegerakan.

Pengerusinya, Amir Mamat berkata, semua pengamal media di Melaka difahamkan masih belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai sesi temu janji untuk suntikan vaksin.

Menurut beliau, ini secara tidak langsung mendatangkan kegusaran mengenai tahap kesihatan dan keselamatan semasa menjalankan tugas di lapangan.

“Justeru itu, besarlah harapan kami agar Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin serta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dapat mempercepatkan proses temu janji,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isu mengenai suntikan vaksin Covid-19 kepada petugas media mula diperkatakan sejak bulan lalu kerana kumpulan pekerja berkenaan belum memperolehnya biarpun program vaksinasi negara telah bermula sejak Februari.

Isnin lalu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan petugas media akan menerima suntikan vaksin bermula semalam.

Tambah Amir, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan yang prihatin dengan rintihan petugas media mengenai keperluan vaksin Covid-19.

Katanya, penerimaan vaksin itu sekaligus memberi keyakinan kepada media untuk terus menyalurkan berita mengenai kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya vaksinisasi.

“Selain itu, kami yakin suntikan ini mampu membina imuniti kelompok dalam kalangan petugas media itu sendiri serta keluarga mereka,” ujarnya.

Petugas media di beberapa negeri seperti di Kelantan dan Putrajaya sudah menerima suntikan vaksin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya