Pencuci kereta didenda RM10,000 rosakkan pintu lif - Utusan Malaysia

Pencuci kereta didenda RM10,000 rosakkan pintu lif

Encorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang pencuci kereta merosakkan pintu lif sebuah pangsapuri menemui padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Mahkamah
Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman denda itu terhadap V. Danesh, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang
dibacakan.

Sekiranya denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama 10 bulan. Tertuduh membayar denda tersebut.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Muhammad Iskandarmenasihati Danesh bahawa perbuatannya bukan sahaja mengakibatkan kerugian, malah membahayakan diri
sendiri dan orang lain.

Mengikut pertuduhan, Danesh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan pintu lif milik syarikat JMB mengakibatkan kerugian bernilai RM15,000.

Perbuatan itu dilakukan di Tingkat 14, Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara di sini pukul 2 pagi pada 6 Jun lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima
tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan selain turut memaklumkan kepada mahkamah dia hanya bekerja  sebagai pencuci kereta.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya terhadap tertuduh. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya