Penang E-Bazar sokong komuniti usahawan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Penang E-Bazar sokong komuniti usahawan Pulau Pinang

ABDUL HALIM HUSSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Kerajaan negeri mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan PGMall bagi menyokong komuniti usahawan di Pulau Pinang melalui program e-dagang iaitu Penang E-Bazaar. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, Penang Halal International (PHI) telah dilantik bagi menguruskan program dalam talian itu dalam usaha menyokong usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sebagai permulaan kerjasama dan pelancaran Penang E-Bazaar di PGMall itu tambahnya, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 dalam bentuk diskaun baucer. 

“Penang E-Bazaar akan menampilkan pelbagai kategori produk seperti makanan, fesyen, peralatan perkakas rumah dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Abdul Halim, Penang E-Bazaar juga mempunyai ruangan khas bagi mempromosikan produk halal dengan tujuan menyokong peniaga perusahaan kecil dan sederhana menjana pendapatan. 

Katanya, PGMall selepas itu akan memadankan jumlah peruntukan dari kerajaan negeri melalui publisiti dan promosi serta pemasaran mereka. 

Tambahnya, modul latihan akan disediakan termasuk kelas asas untuk memulakan perniagaan dan jualan secara atas talian. 

“Kelas lanjutan juga diberikan seperti mengembangkan perniagaan atas talian dengan menggunakan pengetahuan pemasaran secara digital, kemahiran fotografi dan banyak lagi,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi PGMall, Jerry Ng berkata, dengan pemberian baucar penghantaran percuma PGMall dapat melancarkan transformasi usahawan baru e-dagang dan meningkatkan jualan yang ada di platform mereka. 

Usahawan di Pulau Pinang yang berminat untuk menyertai Penang E-Bazaar @ PGMall boleh menghubungi PHI melalui e-mel  [email protected]. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya