Pemuda Amanah Perak lapor polis kenyataan Takiyuddin - Utusan Malaysia

Pemuda Amanah Perak lapor polis kenyataan Takiyuddin

MOHD. Ikhmal Mohd. Iskandar (kiri) dan Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Lumut, Abdul Mutalib Zakaria menunjukkan laporan polis berhubung kenyataan Takiyuddin Hassan di IPD Manjung, hari ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak membuat laporan polis terhadap ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu pembukaan Parlimen.

Laporan itu dibuat oleh Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung di sini hari ini.

Dalam laporan itu, Mohd. Ikhmal meminta polis menyiasat kenyataan Takiyuddin itu mengikut lunas undang-undang sejajar dengan demokrasi Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka.

“Kira-kira pukul 11.30 malam 16 Jun lalu ketika berada di rumah, saya telah melihat satu video secara siaran langsung di Facebook portal Malaysia Gazette tentang kenyataan Takiyuddin yang (didakwa) bersikap sinis terhadap titah baginda berhubung pembukaan Parlimen yang perlu diadakan secepat mungkin.

“Takiyuddin (didakwa) secara sinis mengatakan baginda tidak bertitah tarikh yang spesifik dan beliau memberitahu jangka waktu Parlimen akan dibuka pada bulan September seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menepati titah baginda,” katanya dalam laporan itu.

Menurut Mohd Ikhmal, kenyataan itu juga telah tular dalam media sosial dan ia didakwa menyinggung perasaan orang Melayu yang menjunjung prinsip kedua Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Mohd. Ikhmal berkata laporan polis itu turut dibuat oleh pergerakan Pemuda Amanah di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya