Pemikir setuju Dapur Rakyat dilaksana - Utusan Malaysia

Pemikir setuju Dapur Rakyat dilaksana

Pemikir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kerajaan mewujudkan Dapur Rakyat semasa pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini adalah salah satu usaha yang terbaik bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19. 

Pengerusi Dewan Pemikir Bersatu Kebangsaan (Pemikir) Muhammad Affendi Mohd. Dilif berkata, kerajaan boleh menggerakkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia di bawah Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Redzuan Yusof  untuk menggalas usaha ini serta melaksanakannya.

“Kami yakin APM mempunyai kelengkapan yang mencukupi melalui peralatan logistik yang berada di seluruh negara bagi melaksanakan Dapur Rakyat ini, “ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau APM boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menggunakan dapur masak di dewan makan asrama sekolah di seluruh negara yang sememangnya bercuti dan tidak digunakan sekiranya perlu untuk menambahkan lagi jumlah dapur. 

Beliau berkata,  kerajaan hanya memberikan peruntukan bekalan makanan mentah atau memberikan akses kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyumbang kepada program ini 

APM dan  sukarelawan serta peniaga kecil makanan  di seluruh negara boleh memasak secara berpusat dan makanan tersebut boleh dihantar terus ke rumah-rumah rakyat yang dikenal pasti memerlukan bantuan tersebut. 

“Kami yakin dengan cara ini akan lebih telus dan kosnya yang lebih murah serta memudahkan mereka yang menerima bantuan tersebut, “ katanya lagi.

Hal ini adalah kerana ada segelintir penerima bantuan tidak mampu untuk memasak barangan yang diberikan akibat beberapa kekangan yang mereka hadapi termasuklah kos pembelian tong gas memasak. 

Selain itu program berkenaan mampu membantu peniaga-peniaga makanan yang kecil membina ekonomi mereka semula setelah perniagaan mereka terjejas teruk sejak kebelakangan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya