Pemeriksaan teliti di SJR punca sesak - Utusan Malaysia

Pemeriksaan teliti di SJR punca sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pemeriksaan teliti ke atas semua kenderaan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Jalan Duta, di sini, kelmarin, antara punca kesesakan di laluan itu seperti dalam satu rakaman video yang tular.

Menerusi semakan polis mendapati video yang tular itu dirakam ketika kesesakan berlaku antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, rakaman video itu memaparkan kesesakan berlaku di laluan masuk ke pusat bandar raya ini hingga menjangkau hampir tiga kilometer sebelum Plaza Tol Jalan Duta.

“Kesesakan berpunca daripada tindakan polis menjalankan pemeriksaan rapi untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kesesakan juga berpunca daripada pertambahan kenderaan orang ramai yang keluar menyelesaikan pelbagai urusan sebelum sekatan pergerakan penuh bermula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkefly berkata, hasil pemeriksaan secara menyeluruh mendapati kenderaan yang membuat perjalanan merentas daerah dan negeri pula memiliki permit kebenaran daripada polis.

“Pada hari dan masa berlaku kesesakan itu, pasukan JSPT Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 4,536 kenderaan.

“Kita akan terus membuat pemeriksaan terperinci bagi memastikan tiada pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh,” jelasnya.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan aliran trafik sesak di laluan berkenaan, dengan ada pihak mendakwa ia berikutan aktiviti balik kampung sebelum pelaksanaan Sekatan Penuh Pergerakan bermula semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya