Pembukaan hospital medan ibarat advokasi kepada rakyat - Utusan Malaysia

Pembukaan hospital medan ibarat advokasi kepada rakyat

HASNI Mohammad (tiga dari kanan) bersama Ismail Sabri Yaakob (dua kanan dan Dr. Adham Baba (kanan) mendengar taklimat daripada Panglima 7 Briged, Brigadier Jeneral Mohamed Fauzi Kamis (kiri) mengenai pengoperasian Hospital Medan ATM di perkarangan HSA di Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembukaan hospital medan kelolaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini bukti komitmen kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pembukaan fasiliti berkenaan turut berfungsi memberi mesej kepada rakyat negeri ini bahawa wabak berkenaan perlu diambil serius.

Katanya, peningkatan kes positif Covid-19 harian dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi di negeri ini turut membimbangkan kerajaan negeri.

“Johor amat berterima kasih dengan pembukaan hospital medan ini yang dilakukan bukan sahaja kerana terdapat peningkatan kes di Johor, tetapi, pada masa sama. usaha advokasi kepada masyarakat perlu diteruskan.

“Bila adanya hospital ini dan terletak pula di jalan utama, rakyat sendiri boleh merasakan betapa seriusnya Covid-19 ini agar mereka tidak mengambil mudah tentang penularan wabak dengan turut memberi kerjasama.

“Apabila ATM turun dan bina hospital, ia juga beri gambaran bahawa keadaan di Johor diuruskan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak,” katanya selepas mengiringi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat tapak Hospital Medan HSA di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengurusan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Brigedier Jeneral Dr. Mohd. Arshil Moideen.

Hasni turut menyatakan komitmen pihaknya dalam memberikan sepenuh kerjasama kepada hospital medan berkenaan sepanjang tempoh ia beroperasi di negeri ini.

Katanya lagi, pembukaan hospital medan itu akan mengurangkan beban ditanggung petugas barisan hadapan sektor kesihatan negeri ini dalam menguruskan wabak pandemik Covid-19 ketika ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya