PETALING JAYA: Para pemimpin pembangkang menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menetapkan terus tarikh sidang Parlimen, bukannya menubuhkan sebuah jawatankuasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa antara kerajaan dan pembangkang itu hanya akan melambatkan proses untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Malah, katanya, kerajaan seharusnya mencontohi beberapa negeri yang bersedia untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perlu mewujudkan sebarang jawatankuasa. “Tidak ada keperluan melaksanakan jawatankuasa kerana nak adakan sidang Parlimen adalah dengan hanya perlu kemukakan notis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya