Pemandu teksi dikompaun rentas negeri kerana hantar barangan - Utusan Malaysia

Pemandu teksi dikompaun rentas negeri kerana hantar barangan

ANUWAL AB. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Polis telah mengambil tindakan tepat dan wajar dengan mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000 kepada seorang pemandu teksi di sekatan jalan raya (SJR) Air Kuning Selatan, dekat sini kira-kira pukul 8.20 malam pada 11 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab menjelaskan, apabila disoal tujuannya merentas negeri, pemandu teksi itu memaklumkan ingin menghantar barangan kering ke sebuah estet yang terletak di Air Kuning Selatan.

Menurutnya, pemandu teksi berkenaan ada menunjukkan bukti surat kebenaran beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kementerian Pengangkutan untuk perkhidmatan teksi dan e-hailing.

“Semasa pemeriksaan dibuat, tiada penumpang di dalam teksi berkenaan dan alasan pemandu adalah untuk menghantar barangan kering adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0.

“Pemandu teksi berkenaan didapati telah menyalahgunakan surat kebenaran bagi perkhidmatan menghantar serta mengambil penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah peraturan 17, Akta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, Yang Dipertua, Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pihaknya kesal dengan pertindihan SOP PKP 3.0 yang didakwa masih tidak selesai selepas seorang pemandu teksi ditahan dan disaman dalam SJR di Tampin kerana kesalahan merentas negeri.

Menurutnya, dalam SOP berkenaan tidak memaklumkan bahawa pemandu teksi perlu mendapatkan surat kebenaran beroperasi atau rentas negeri dari mana-mana kementerian atau agensi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya