Pelan Pemulihan Negara: Sektor pendidikan lebih bersedia - Utusan Malaysia

Pelan Pemulihan Negara: Sektor pendidikan lebih bersedia

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor pendidikan lebih bersedia di bawah Pelan Pemulihan Negara kerana melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) walaupun sesi persekolahan berkemungkinan dibuka secara berperingkat pada fasa ketiga pelan itu, September ini.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, pelaksanaan PdPR yang diteruskan sehingga selesai fasa dua nanti memberikan kelegaan kepada ibu bapa, guru-guru dan para pelajar khususnya yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Katanya, disebabkan PdPR diteruskan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan lagi, maka, ibu bapa dapat membuat persediaan yang lebih baik dan tidak lagi tergesa-gesa sebagaimana pengalaman sebelum ini.

“Malah, apabila PdPR dilaksanakan lebih lama, ibu bapa juga boleh merancang untuk membeli peranti dan menyediakan ruang pembelajaran di rumah yang lebih kondusif untuk anak-anak belajar secara PdPR. Ini akan meningkat kejayaan pelaksanaan PdPR.

“Para guru juga boleh menumpukan perhatian mereka untuk meningkatkan kemahiran pengajaran PdPR dan sekolah juga lebih bersedia untuk menyediakan lebih banyak bahan-bahan pembelajaran secara PdPR.

“Pihak Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga mempunyai ruang untuk meningkatkan infra pembelajaran menggunakan DidikTV KPM, melaksanakan latihan dan kursus kemahiran PdPR untuk guru secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Anuar, kesan terbesar pengumuman itu kepada pendidikan adalah kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM 2021.

“Oleh kerana PdPR diteruskan sekurang-kurang untuk tiga bulan lagi, para pelajar secara psikologinya lebih bersedia.

“Pelajar akan mempunyai persiapan mental dan motivasi untuk memberikan fokuskan kepada pembelajaran secara PdPR. Fokus dan momentum pembelajaran mereka lebih stabil,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya