Pegawai SPRM perlu terapkan semangat berpasukan dalam bekerja - Utusan Malaysia

Pegawai SPRM perlu terapkan semangat berpasukan dalam bekerja

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneguhkan jati diri dan integriti dalam diri, menjadi pegawai SPRM yang serba boleh serta sentiasa mengamalkan kerja berpasukan agar segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan bertanggungjawab.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pegawai SPRM perlu sentiasa proaktif dalam usaha memerangi rasuah supaya jenayah ini dapat dihapuskan sekali gus memberi imej yang baik kepada jabatan.  

“Pelaksanaan siasatan secara proaktif adalah lebih berkesan dan mampu melonjakkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM berbanding siasatan secara reaktif,” ujar beliau.

Tambah beliau, pegawai SPRM juga perlu sentiasa menimba pengalaman sebanyak mungkin bagi membentuk jati diri pegawai yang lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanatnya kepada 54 pegawai kadet baharu Siri 25 Bil. 1/2021 yang diadakan secara atas talian susulan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 Fasa 1. 

Turut menyertai sesi ini adalah 52 orang pegawai SPRM yang sedang berkhidmat (in-service) dan 6 orang Pegawai Pinjaman/Kontrak ke lantikan Pegawai Tetap. 

Turut serta dalam sidang maya tersebut ialah Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Datuk Idris Zaharudin.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya