Pasar Segar Terkawal tawar penjimatan kepada pengguna - Utusan Malaysia

Pasar Segar Terkawal tawar penjimatan kepada pengguna

Ronald Kiandee (dua, kiri) diiringi Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli (kiri), Timbalan Menteri Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua, kanan) dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid ketika melawat Pasar Segar Terkawal di MyFarm Oulet Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setakat 4 Jun lalu  sebanyak 42 buah Pasar Segar Terkawal (PST) beroperasi di seluruh negara dengan nilai jualan yang dicatatkan sebanyak RM18.90 juta yang melibatkan 348 petani dan 6,879 usahawan.

Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata PST diwujudkan dengan objektif untuk memberi akses pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan dengan penawaran penjimatan lima hingga 20 peratus.

Pada masa yang sama PST sebagai ruang pasaran kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama.

“PST ini akan terus beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini dan setiap PST akan mempunyai lapan komoditi teras iaitu sayur, buah, ikan, ayam, daging, produk industri kecil dan sederhana (IKS), barangan runcit dan makanan (take away),” katanya 

Beliau menyatakan demikian selepas melawat dua lokasi PST Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu MyFarm Outlet Putrajaya dan Pusat Operasi FAMA Dengkil, Sepang Selangor hari ini.

Kata Ronald, kementeriannya sentiasa mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan makanan, antaranya pengeluaran, pengedaran dan peruncitan produk hasil pertanian serta industri makanan.

“Kami mengambil pelbagai pendekatan khususnya untuk memastikan kelancaran dan kelangsungan rantaian bekalan makanan termasuk mengurus isu lambakan, antaranya melalui pelaksanaan PST ini di lokasi-lokasi terpilih yang beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tujuan lawatan kerja ini bagi beliau melihat sendiri kelangsungan rantaian bekalan makanan melalui PST yang menawarkan barangan keperluan kepada pengguna khususnya penduduk setempat ketika tempoh penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial,” katanya. 

Pengguna turut disaran membeli barangan secara dalam talian (online) dan mengurangkan pertemuan (contact) antara peniaga dan pembeli. 

“Pelbagai kemudahan pembelian dalam talian telah tersedia seperti aplikasi Agrobazaar Online (ABO) serta aplikasi e-dagang lain sektor swasta yang juga menjual barangan segar dan keperluan seperti Shopee, Lazada, MyGrocer, OurFarm AirAsia, Farm2Table dan sebagainya,” ujarnya. 

Pada masa sama, Ronald menjelaskan bahawa kementeriannya sentiasa mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan makanan, antaranya pengeluaran, pengedaran dan peruncitan produk hasil pertanian serta industri makanan. 

Beliau berkata, pihaknya juga  dengan kerjasama semua pihak bertanggungjawab akan terus memastikan keadaan sentiasa terkawal dan bekalan makanan berada dalam keadaan yang mencukupi serta stabil kerana sektor pertanian dan industri makanan diletakkan sebagai satu perkhidmatan perlu (essential services).

Sehingga 6 Jun lalu , kementerian tersebut menerusi jabatan dan agensi di bawahnya telah mengeluarkan sebanyak 76,869 surat kebenaran secara keseluruhan yang terlibat dalam sektor pertanian tidak formal termasuk aktiviti rantaian pembekalan dan pemasaran berkaitan keperluan makanan kepada petani, penternak, nelayan, pengusaha kecil B40 serta pengusaha mikro asas tani. 

Sektor pertanian formal  yang melibatkan syarikat pengilangan, pengeluar produk atau industri makanan perlu terus mendapatkan kebenaran beroperasi melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya