Pasangan suami isteri ditahan tipu jual beli emas - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri ditahan tipu jual beli emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu sindiket penipuan jual beli emas didalangi sepasang suami isteri membabitkan kerugian berjumlah RM153,781.10 tumpas selepas mereka ditahan pada 17 Jun lalu.

Penahanan itu dilakukan susulan dua laporan polis diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kegiatan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, mangsa telah ditawarkan untuk menjadi ejen menjual emas dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran oleh seorang wanita warga Indonesia yang baru dikenalinya.

“Kedua-dua mangsa dalam kes ini telah membuat beberapa transaksi pembayaran secara berperingkat namun barangan kemas yang dijanjikan tidak diterima.

“Kedua-dua tangkapan telah dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 403 kanun yang sama kerana menyalahgunakan harta secara tidak jujur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Mahidisham, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan telah meminta untuk dibicarakan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai agar membeli atau menjual emas di kedai atau premis yang sah selain membuat semakan latar belakang syarikat sebelum membuat urusan transaksi jual beli emas,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya